TUMBESARAN
BERKAITAN KANAK-KANAK
Pada penghujung 2012,
satu kajian telah mendedahkan sebanyak 14.4 peratus kanak-kanak mengalami
masalah tumbesaran, iaitu tidak mencapai ketinggian yang optimum seperti
kanak-kanak normal. Pada tahun yang sama juga, satu kajian turut menunjukkan
masalah tumbesaran terbantut terus meningkat dan paling menonjolkan pada
kanak-kanak berusia antara dua hingga lima tahun. Hakikatnya kadar tumbesaran
bagi setiap kanak-kanak adalah setara sekiranya mereka diberi nutrien yang
mencukupi dan seimbang. Menurut pakar perunding pediatrik Endokrinologi, pusat
perubatan Universiti Malaya, Prof. Madya Dr. Muhammad Yazid Jalaludin, pertumbuhan
normal seorang kanak-kanak adalah hasil pengaruh banyak faktor dan merangkumi
nutrisi, genetik, hormon tumbesaran ( growth hormone ) serta pelbagai lagi hormon
yang lain.
Beliau berkata, ibubapa
seharusnya peka dengan keadaan fizikal anak masing-masing, sama ada mereka
mempunyai saiz yang sama dengan kanak-kanak seusia mereka atau sebaliknya. Sekiranya
tidak, ini bermakna anak-anak mengalami masalah tumbesaran yang salah satu
penyebabnya adalah apabila badan tidak dapat menghasikan hormon tumbesaran yang
mencukupi dengan sendiri. Katanya, bagi pesakit kanak-kanak yang mengalami
masalah kekurangan hormon tumbesaran, selain tidak mampu mencapai kadar
tumbesaran normal, mereka juga berisiko mengalami masalah kesihatan lain dalam
jangka masa panjang seperti pengurangan jisim atot dan ketumpatan mineral
tulang. Peningkatan tekanan darah dan tahap kolesterol serta peningkatan risiko
penyakit kardiovaskular juga tidak terkecuali.
Pemantauan terhadap
pertumbuhan kanak-kanak seawal usia satu hingga lima tahun dianggap waktu
berjaga-jaga kepada ibu bapa berikutan dua daripada 10 kanak-kanak di negara
ini mengalami pertumbuhan terbantut. Dalam usia berkenaan, jika ibu bapa
terlepas pandang, ia mampu memberi kesan risiko atau kegagalan potensi kesihatan,
perkembangan dan psikososial kanak-kanak. Selain itu, bagi tempoh sama,
kanak-kanak yang mengalami masalah kurang berat badan juga meningkat daripada
12.9 peratus kepada 13.7 peratus. Tumbesaran merupakan pertumbesaran fizikal
terdiri daripada perkembangan dan perubahan pada bahagian fizikal seperti
seperti berat badan, ketinggian, lilitan kepala dan lengan, nisbah badan, kaki,
kandungan lemak badan, pertumbuhan gigi dan rangka tulang, pendengaran serta
penglihatan.
Comments
Post a Comment