TINGKAH LAKU KANAK-KANAK
Tingkah laku adalah apa yang dilakukan atau diperkatakan oleh seseorang individu. Tingkah laku merupakan semua tindakan manusia yang boleh diperhati, diukur, dinilai dan sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar. Tingkah laku adalah manifestasi fizikal sebarang sikap yang berasaskan nilai-nilai tertentu. Menurut Lewis M.Beaker (2001), sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar.Menurut Garry Martin dan Joseph Pear (2003),  tingkah laku juga merangkumi aktiviti, aksi, prestasi, bertindakbalas, tindakan, dan reaksi dari segi teknik, aktiviti yang melibatkan otot-otot, kelenjar (glandular) dan aktiviti elektrik oleh setiap organ. Pada dasarnya tingkah laku adalah apa sahaja yang diperkatakan atau dilakukan oleh individu. Carl Rogers (1999), menekankan bahawa seseorang individu bertingkah laku mengikut persepsi diri sendiri dan keadaan. Sekiranya individu itu mempunyai konsep kendiri yang positif maka dia berupaya berinteraksi dan bertindak dengan lebih yakin. Menurut Al-Ghazali pula dari perspektif Islam, tingkah laku manusia mempunyai tujuan agama dan kemanusiaan.Tingkah laku normal dan tidak normal adalah berdasarkan kepada kekerapan dan berlaku sepanjang masa dan mempunyai masalah psikologi.

Masalah tingkah laku atau gangguan emosi yang serius merujuk kepada keadaan di mana ciri-ciri yang berikut berlaku pada tempoh yang lama, pada darjat yang ketara dan keadaan ini menjejaskan prestasi pembelajaran.Tingkah laku bermasalah ialah merujuk kepada sebarang tingkah laku sama ada positif ataupun negatif yang menjejaskan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Tingkah laku terbahagi kepada dua iaitu tingkah laku positif dan tingkah laku negatif. Tingkah laku positif terbahagi kepada empat iaitu sikap ingin tahu, cepat belajar, proaktif dan pintar cerdas. Manakala tingkah laku negatif pula terbahagi kepada tiga iaitu tingkah laku distruktif, distruptif dan sikap bergantung ciri-ciri kanak-kanak masalah tingkah laku termasuklah berkelakuan nakal. Nakal merujuk bagaimana individu itu berkelakuan lincah, tidak duduk diam atau sentiasa melakukan sesuatu yang tidak menyenangkan atau disenangi oleh orang lain di sekelilingnya. Berkelakuan nakal meliputi banyak aspek seperti suka membuat bising di dalam bilik darjah, murid tidak duduk diam di tempatnya, murid suka berjalan-jalan di dalam bilik darjah ketika guru tiada di dalam kelas dan menganggu kawan-kawannya yang lain dan gemar bermain-main semasa proses pembelajaran berlaku.

Murid-murid yang berkelakuan nakal ini biasanya sudah tidak makan saman dengan teguran, amaran atau dendaan. Perbuatannya hanya berhenti buat sementara waktu sahaja apabila didenda , ditegur atau dimarah. Apabila sudah tidak ditegur atau dimarah atau diingatkan oleh guru, kelakuan murid itu akan kembali kepada perangai asalnya. Ada sesetengah murid menggunakan taktik tidak hadir ke sekolah sebagai alasan daripada dimarahi, didenda atau dikenakan hukuman oleh guru kerana bersikap nakal di dalam kelas.Pengasingan diri juga merupakan salah satu ciri murid bermasalah tingkah laku. Murid yang suka mengasingkan diri ini kebiasaannya tidak mahu bergaul dengan kawan-kawan yang lain. Murid ini suka menjauhkan diri dari kelompok dan meletakkan dirinya di satu sudut atau tempat terpencil. Murid yang suka mengasingkan diri mempunyai beberapa sebab tertentu seperti keadaan fizikal yang tidak sempurna, merasai kekurangan dari segi material berbanding rakan-rakan lain, sikap dari diri individu itu sendiri semenjak kecil atau mempunyai masalah peribadi atau dalaman. Kemungkinan, murid itu tidak biasa hidup di dalam kelompok kerana sudah terbiasa sejak kecil lagi hidup bersendiri dan merupakan anak tunggal atau bilangan adik beradik yang kecil. Murid sebegini jarang bercakap atau tidak banyak berinteraksi.

Murid yang suka mengasingkan diri serta bermasalah tingkah laku atas faktor masalah keluarga, kewangan dan kurang perhatian dari kawan-kawan , kebiasaannya berwajah murung, tidak ceria dan kurang senyum. Murid sebegini juga kurang memberi tumpuan atau perhatian di dalam kelas. Murid ini lebih banyak berkhayal atau mengelamun ketika belajar. Sesetengah pula,menunjukkan sikap tidak berminat langsung untuk belajar.
Tabiat suka merosakkan harta benda awam sememangnya tabiat yang paling buruk dan juga merupakan sejenis masalah tingkah laku. Antara perlakuan buruk ini termasuklah menconteng dinding menggunakan objek (pensel, pen atau marker ). Bagi yang tidak mempunyai peralatan untuk menconteng, tapak kasut adalah jalan mudah bagi mereka memenuhkan ruang dinding. Ciri-ciri kanak-kanak pintar cerdas termasuklah mula berjalan dan bercakap lebih awal dari kanak-kanak biasa. Semasa kecil lagi mereka sudah menunjukkan kebolehan menyusun perkataan dan frasa yang bermakna.Mereka mungkin lebih besar, lebih kuat daripada kanak-kanak biasa yang sebaya dengannya dan dalam ukuran tertentu mereka biasanya adalah luar biasa seperti ukuran dada, kekuatan otot dan perkembangan paru-paru. Kanak-kanak pintar cerdas boleh menarik perhatian ibu bapa dengan menunjukkan gaya, tidak semestinya di hadapan pelawat yang datang ke rumah atau penonton. Gaya diri yang luar biasa mungkin satu dari tanda luar biasa kanak-kanak pintar cerdas.


Kanak-kanak pintar cerdas menpunyai berbagai minat dan sikap spontan, disaingi dan perasaan ingin tahu dari segi intelek yang luas dan cepat berkembang. Mereka selalunya telah belajar membaca sebelum memasuki alam persekolahan. Kanak-kanak itu dikatakan telah mempunyai minat membaca yang lebih awal. Mereka mempunyai kebolehan membaca yang tinggi berbanding kanak-kanak lain yang sebaya dengan dirinya.Di samping itu, mereka mempunyai hobi yang lebih banyak berbanding kanak-kanak lain. Mereka dapat mempelajari sesuatu dengan cepat dan mudah dan hanya memerlukan sedikit penerangan dari guru dan sedikit penerangan dari guru. Meraka mempunyai sifat tidak sabar mendapatkan latih tubu dari guru dan pandai menggunakan masa dengan berfaedah. Mereka juga boleh menyesuaikan apa yang dipelajari dengan menggunakan situasi lain. Pemindahan idea datang dengan begitu pantas sekali.Murid bermasalah tingkah laku ingin tahu ini mempunyai sikap ingin tahu yang amat tinggi dari perkara besar hingga sehalus kuman untuk menjawabnya. Murid-murid lain di dalam kelas hanya termanggu-manggu menanti jawapan dari guru.

Comments