MUZIK UNTUK KANAK-KANAK
Muzik menjadi
sebahagian penting dalam pembelajaran kanak-kanak. Muzik merangsang minda
kanak-kanak dalam membantu perkembangan kognitif dan psikomotor kanak-kanak. Misalnya,
melalui dendangan irama lagu seorang ibu untuk anaknya sebelum tidur atau
menyampaikan cerita fiksyen di rumah melalui nyanyian membantu perkembangan
bahasa anak-anak. Merangsangan minda kanak-kanak ialah kemahiran muzikal dapat
meningkatkan minda kanak-kanak menjadikan mereka lebih fokus, berimaginasi dan
meningkatkan kreativiti.
Muzik bukan sahaja membantu kanak-kanak dari segi
koordinasi motor tetapi membentu pemikiran di luar kotak.Muzik, lagu dan
nyanyian meningkatkan kreativiti kanak-kanak member kesan fokus kepada sifat
kreatif dan ekspresif. Setiap aktiviti muzik memerlukan kanak-kanak
berimaginasi dan berfikir secara kreatif dalam membuat pergerakan dan
menyampaikan mengikut mood. Aktiviti muzik adalah asas dalam kurikulum
pendidikan awal di taska dan tadika hari ini. Sumbangan dan kepentingannya
dalam pengajaran dam pembelajaran awal tidak dapat dinafikan lagi, malah
aktiviti muzik menjadi ukuran kepada kualiti sesebuah program di taska atau
tadika.
Membimbing kanak-kanak
perlu juga perlu dibimbing menyanyi lagu dengan irama muzik, menyanyi lagu
mengikut tempo dan menyanyi lagu mengikut perasaan dan ekspresi. Kanak-kanak
peka terhadap pic dan irama serta sensitif terhadap bunyi-bunyi di persekitaran. Mereka akan
memberi reaksi terhadap apa yang mereka dengar. Muzik menekankan kemahiran
pendengaran. Konsep muzik seperti pic, irama dan lirik dapat dipraktikalkan
dalam aktiviti nyanyian kanak-kanak.
Comments
Post a Comment