APA ITU BAHAN BANTU
MENGAJAR DAN ALAT BANTU MENGAJAR
Bahan bantu
mengajar adalah faktor terpenting dalam menentukan kejayaan program
pembelajaran,menimbulkan rangsangan keinginan pelajar-pelajar untuk mengetahui
sesuatu dan untuk menjadikan pembelajaran baik dan lebih menarik. Bahan
bantu mengajar (BBM) bukanlah merupakan sesuatu yang tersisih sifatnya daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Alat
bantu itu mestilah dianggap sebagai
satu bahagian yang padu dalam proses tersebut.Ia bertujuan untuk menambah kelancaran
perhubungan guru dan dan sebaliknya, murid sesama murid serta membantu
atau mempercepat proses pemahaman mereka. Yang digambarkan dalam bentuk dimana proses pembelajaran bermula
dengan proses aspek semi-abstrak hingga
kepada yang lebih abstrak. Penggunaan BBM juga sebahagian
daripada kaedah dan idea-idea yang disampaikan oleh guru kepada murid-muridnya.
Walau kaedah apadigunakan sekalipun BBM pasti turut sama, supaya komunikasi
guru murid berjalan dengan baik.David Berlo dalam proses komunikasi itu terdapat empat ciri penting iaitu sumber, pesanan,
saluran dan penerima.Isi pengajaran sebagai mesej atau pesanan dan
salurannya melalui lisan, BBM dan tulisan.Empat kemahiran iaitu
mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Dewasa ini pengetahuan saintifik, psikologi
pembelajaran, perkembangan teknologi, beberapa BBM yang baru dan lama perlu
digunakan untuk mempercepatkan proses pembelajaran, tetapi tidak berupaya mengambil
tempat seorang guru.
Alat bantu mengajar(ABM) yang mana juga
dikenali sebahagian daripada media pengajaran yang ditakrifkan sebagai
audia visual dan bahan-bahan yang berkaitan dengannya yang berfungsi dalam
perlaksanaan sesuatu pengajaran( Heinich et.al tahun 2002 ). Berdasarkan
definisi di atas, jelas menekankan alat bantu mengajar sebagai satu elemen yang
amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kita selalu beranggapan,
penggunaan perkataan di dalam kelas sudah memadai untuk menyampaikan
mesej dalam sesuatu pengajaran. Seringkali ramai guru yang berpegang
kepada kepercayaan tersebut, ini menyebabkan timbulnya masalah komunikasi guru
dengan pelajar. Justeru itu, penggunaan ABM adalah berkesan jika pengajaran
berdasarkan perkataan bersama-sama dengan gambar atau simbol yang lebih
konkrit maknanya kepada pemahaman para pelajar. Misalnya untuk menyatakan
konsep “besar”, guru bolehlah menunjukkan satu objek atau gambar yang bersaiz
lebih besar daripada gambar atau objek lain. Ini dapat digunakan untuk
menunjukkan konsep “besar” yang dimaksudkannya. Sekiranya menggunakan perkataan
semata-mata, maka sesuatu proses pengajaran tersebut akan lebih bersifat
abstrak dan sukar difahami serta tidak dapat memberikan gambaran yang jelas
kepada para pelajar.
Dengan menggunakan Alat Bantu Mengajar (ABM) segala bentuk simbol dan komunikasi verbal yang abstrak dapat diperjelaskan. Ini memudahkan para pelajar memahami isi kandungan sesuatu pelajaran. Penggunaan media pengajaran secara betul dan bervariasi juga dapat mengatasi sikap pasif dikalangan para pelajar kerana ia akan menimbulkan minat pelajar untuk belajar, meningkatkan interaksi dan kefahaman pelajar tentang realiti suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih mengembirakan dan menyeronokan. Walaupun kurikulum dan bahan pengajaran, ditentukan sama bagi setiap pelajar, sifat unik yang ada pada setiap pelajar dan ditambah pula persekitaran yang berbeza . Ini akan membuatkan guru mengalami sedikit kesulitan dalam mengatasi perkara tersebut. Keadaan itu dapat diatasi dengan penggunaan Alat Bantu Mengajar kerana kemampuannya dalam memberikan pengalaman dan persepsi yang sama serta tepat tentang sesuatu konsep atau prinsip kepada semua pelajar. Selain itu, pencapaian para pelajar akan menjadi lebih berkesan melalui penggunaan Alat Bantu Mengajar. Ini kerana murid dapat memahami dan menguasai tentang sesuatu konsep dan secara tidak langsung dapat memperbaiki keputusan penilaian di dalam kelas. Guru juga dapat memenuhi pencapaian objektif pembelajaran yang diharapkan dalam sesuatu isi kandungan pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran
Comments
Post a Comment