BERKAITAN
KANAK-KANAK PINTAR CERDAS
Kanak-kanak pintar
cerdas ini secara umumnya mempunyai keunikan mereka tersendiri. Kebolehan dan
kelebihan mereka telah di tonjolkan sejak dari awal lagi, dan keadaan ini boleh
dikenalpasti oleh ibu bapa mereka sendiri. Kanak-kanak pintar cerdas dan
berbakat sebenarnya mempunyai potensi yang tinggi dalam pelbagai bidang
mengikut kecenderungan masing-masing. Keupayaan mereka adalah berbeza jika
dibandingkan dengan kanak-kanak yang sebaya dengan mereka sesetengah dapat
mengatasi kepintaran atau kebolehan yang dimiliki oleh orang yang lebih dewasa
daaripadanya. Terdapat pelbagai pendapat mengenai kanak-kanak pintar cerdas
oleh penulis-penulis yang terdiri daripada beberapa pakar dalam pelbagai
bidang. Biasanya mereka akan memberikan pendapat berdasarkan bidang mereka.
Menurut Stanford Binet
( 1916 )iaitu orang yang pertama menjalankan ujian pintar cerdas yang dikenali
sebagai “ The Stanford Binet Test “ memberikan definisi pintar cerdas sebagai
merujuk keupayaan individu memahami, membuat pertimbangan dan penaakulan dengan
baik. Menurut piaget (1950) pula, pintar cerdas merujuk kepada kebolehan
individu membuat adaptasi terhadap persekitaran fizikal dan sosial. Kanak-kanak
pintar cerdas ini biasanya mempunyai daya tumpuan yang tinggi dalam melakukan
sebarang kerja atau aktiviti. Contohnya, kanak-kanak yang diberikan permainan “
blok dan puzzle “ akan berusaha sedaya upaya bagi melengkapkannya. Mereka akan
meninggalkan atau tidak menghiraukan orang atau sekeliling mereka kerana daya
tumpuan mereka terhadap aktiviti yang menarik minat mereka yang terlalu tinggi.
Mereka juga kurang berminat dengan permainan yang dimiliki oleh rakan mereka.
Dalam proses pembelajaran pula, mereka akan
memberi sepenuh tumpuan mereka kepada
bidang yang mereka minati. Kanak-kanak ini boleh dan mempunyai minat membaca
diusia yang muda. Biasanya kanak-kanak ini akan mula boleh membaca dalam usia
kurang daripada 5 tahun. Mereka juga akan fasih bercakap disamping boleh
menggunakan laras bhasa dan kosa kata yang tinggi jika dibandingkan dengan
kanak-kanak yang seusianya. Mempunyai kelebihan yang luar biasa dalam
mengingati sesuatu. Dengan kelebihan yang mereka ada, mereka tidak perlu
menghafal sesuatu fakta atau ilmu yang mereka pelajari. Mereka hanya perlu memahami
isi kandungan dan akan meluahkan semula menggunakan bahasa sendiri. Kelebihan yang
ada juga dapat membolehkan mereka membaca dengan cepat dan cepat memahami apa
yang mereka ingati.
Disebabkan perasaan
ingin tahu mereka yang kuat, kanak-kanak pintar cerdas biasanya akan sentiasa
mengemukakan soalan-soalan yang mencabar dan inovatif yang mana kadangkalanya pemikiran
mereka diluar jangkauan akal kanak-kanak normal. Pada peringkat kanak-kanak
lagi sifat ini boleh dikenalpasti, contohnya mereka akan membuka kereta mainan
mereka untuk mengetahui komponen-komponen yang ada dalam kereta tersebut. Kadangkalanya
sifat ini akan dikenalpasti sebagai perosak oleh ibu bapa yang kurang memahami
anak mereka yang pintar cerdas.
Comments
Post a Comment