PERKEMBANGAN KANAK-KANAK 

Perkembangan ialah satu proses yang berlaku secara berterusan dari peringkat lahir hinggalah peringkat kematangan. menurut Crow dan Crow, perkembangan merupakan perubahan secara kualititatif serta cenderung ke arah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial. menurut karl E. Garrison pula, perkembangan terhasil daripada tindakan yang saling berkait antara perkembangan jasmani dan pembelajaran. semua perkembangan itu, iaitu berbentuk struktur, kemahiran tingkah laku ataupun sahsiah, adalah mengikut beberapa aturan semula jadi dan sifat-sifat yang sejagat. Secara ringkasnya, perkembangan juga boleh disifatkan sebagai pengaliranyang saling berkait antara perubahan kuantitatif yang menuju kearah tertentu.

Pertumbuhan dalam aspek emosi pula digambarkan sebagai perasaan seronok, gembira, duka, sedih dan sebagainya. Berbeza pula dengan perkembangan emosi, ia ditafsirkan kepada kemahiran untuk mengawal perasaan dalam pelbagai keadaan. Bagi pertumbuhan, ia dilihat sebagai meluaskan komunikasi, perhubungan dan pergaulan dengan orang lain manakala bagi perkembangan sosial pula, ianya ditaktifkan kemahiran mendisiplinkan dan menyesuaikan diri dalam pergaulan dengan orang lain.

Perbezaan pertumbuhan dan perkembangan sebenarnya dapat diterangkan melalui perbezaan beberapa aspek iaitu aspek jasmani, mental, emosi, dan juga sosial. Jika dilihat dari aspek jasmani, pertumbuhan saiz fizikal, berat badan, organ deria dan lain-lain. Manakala perkembangan pula ditaksirkan sebagai kemahiran menggunakan pertumbuhan fizikal seperti berjalan, berlari, menonton televisyen, mendengar muzik dan sebagainya. Perbezaan dari aspek mental bagi pertumbuhan boleh ditafsirkan sebagai peringkat keupayaan berfikir manakala perkembangan mental bermaksud kemahiran berfikir, mengingat, mengira, menganalisis dan lain-lain.


Comments