TOKOH MARIA MONTESSORI
Montessori merupakan wanita pertama yang berkelulusan dalam bidang perubatan dari sebuah universiti di itali. Pada tahun 1906, beliau menubuhkan satu sekolah untuk kanak-kanak istimewa, yang terkenal sebagai sekolah Montessori. Montessori menyokong Froebel dalam pendapat membenarkan kanak-kanak belajar melalui aktiviti bermain. Mengikut beliau, dalam keadaan bermain, kanak-kanak sebenarnya “ bekerja “ bersungguh-sngguh bagi menguasai sesuatu kemahiran. Seperti Pestalozzi, beliau juga menyarankan supaya kanak-kanak digalakkan menggunakan alat deria yang sedia ada pada mereka bagi meneroka dan menambah pengetahuan mereka.

Montessori mempercayai kanak-kanak akan menunjukkan minat kepada sesuatu aktiviti pembelajaran apabila mereka cukup matang dan bersedia mempelajarinya. Oleh yang demikian, satu persekitaran yang lengkap perlu sediakan supaya kanak-kanak dapat menerokainya pada masa dan tahap yang sesuai.Guru merupakan pemudah cara dalam proses pembelajaran kanak-kanak. Guru menyokong kanak-kanak apabila mereka menunjukkkan kesediaan mempelajari sesuatu, secara menjawab soalan dan membantu mereka ketika bantuan diperlukan. 

Guru merupakan pemudah cara sahaja, bukan penentu bentuk ataupun jenis pengajaran yang harus diterima oleh kanak-kanak. Montessori mengemukkan beberapa konsep asas dalam pembentukan kurikulum kanak-kanak pada peringkat awal. Minda yang mudah menyerap menurut Montessori, minda kanak-kanak mudah menyerap sesuatu maklumat yang diterima melalui deria mereka, sebelum mereka bersedia untul diajarkan konsep tersebut. Seorang kanak-kanak mula menyerap kejadian yang berlaku disekelilingnya ini daripada saat kelahiran lagi.

Ibu bapa patut diberi latihan dalam perkembangan kanak-kanak dan cara menggunakan pengetahuan ini dalam membimbing anak mereka. Terdapat tempoh sensitif yang merupakan masa paling sesuai bagi kanak-kanak menerima maklumat dan konsep tertentu. Tempoh sensitif ini berbeza mengikut kadar perkembangan seseorang kanak-kanak . kanak-kanak mampu melatih diri sendiri, dengan membimbing yang minimum daripada orang dewasa. Kanak-kanak mampu yang biasa berdikari dalam proses pembelajaran akan terus belajar secara demikian apabila dewasa jenis pembelajaran.

Comments