DISLEKSIA
PADA KANAK-KANAK
Disleksia
berasal dari perkataan yunani iaitu “DYN” bermakna susah dan “LEXIA” bermakna
tulisan. Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan
dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah
pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja dan
kemahiran mengira. Oleh itu disleksia merujuk kepada mereka yang menghadapi
masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang
normal.
Mereka yang mempunyai disleksia bukannya menghadapi kecacatan malah
sebahagian daripada orang-orang yang terkenal juga mempunyai disleksia.
Sesetengah mereka yang mempunyai keadaan
disleksia mempunyai kesukaran untuk menyebut perkataan yang panjang dan ada
yang sukar mempelajari turutan seperti nama bulan dan sifir. Setiap orang
dengan disleksia mempunyai masalah yang tidak serupa dengan orang lain dengan
disleksia. Masalah disleksia adalah berbeza dengan afasia, yang merupakan
sejenis penyakit yang disebabkan oleh kerosakan saraf otak, dengan itu akan
melumpuhkan kebolehan seseorang untuk berkomunikasi.
Kanak-kanak
yang mengalami disleksia bukanlah tergolong dalam golongan yang bodoh.
Daripada
kajian-kajian mendapati mereka mempunyai tahap kecerdasan intelektual yang
normal dan tidak mempunyai masalah pendengaran dan penglihatan. Ibu bapa
mempunyai banyak pilihan untuk memberi pendidikan berterusan kepada kanak-kanak
dengan memilih menghantar mereka ke sekolah biasa yang mempunyai kelas khas
disleksia seliaan JPN atau mendapatkan nasihat daripada JKM untuk menghantar anak-anak
ke pendidikan khas. Kanak-kanak ini akan diberikan bimbingan dengan betul untuk
berdikari tanpa memerlukan bantuan ibu bapa apabila dewasa.
Comments
Post a Comment