MASALAH LEMBAM TERHADAP KANAK-KANAK
Slow learner atau lembam ini merupakan kumpulan kanak-kanak yang tidak boleh mengikuti pelajaran di kelas/sekolah biasa. Mereka terlalu lambat untuk mencapai satu- satunya objektif pengajaran yang mudah dan juga mempunyai daha rangsangan serta daya pengamatan yang lemah/rendah. Namun begitu, permasalahan ini bukanlah berpunca daripada masalah pendengaran atau penglihatan,masalah motor atau masalah mental.
Masalah pembelajaran khusus kanak-kanak lembam juga didefinisikan sebagai beberapa jenis kecelaruan yang mempunyai ciri-ciri perkembangan yang tidak sempurna, seperti perkembangan kemahiran akademik, bahasa dan pertuturan. Kanak-kanak yang didefinisikan sebagai bermasalahan pembelajaran khusus ini menunjukkan kelemahan dalam menguasai kemahiran membaca, menulis, dan mengira serta adakalanya mempamerkan masalah/kecelaruan yang lain seperti masalah tingkah laku dan bersosial ( Rathus,2004 ).
Ciri-ciri kanak lembam ialah kanak-kanak lembam juga mengalami kesusahan memberi perhatian, mengumpul atau memproses maklumat yan diterima di dalam ingatan mereka. Kurang tumpuan,kecuaian,kepayahan melakukan beberapa turutan tugas sudah tentunya menyebabkan kanak-kanak ini lebih cenderung mengalami masalah sosial-emosi.
Punca-punca lembam ialah dari baka atau genetik merupakan antara faktor penyebab mendapat anak yang bermasalahan seperti slow learner, autisme,down sindrom dan masalah pembelajaran yang lain. Interlek yang rendah ialah kanak-kanak bermasalah pembelajaran ( slow learner ) mempunyai keupayaan intelek yang rendah. Hal ini bermakna kanak-kanak slow learner menghadapi masalah dalam pembelajaran berbanding rakan mereka yang normal. Keupayaan dalam menguasai 3M adalah amat sukar jika mereka tidak dibantu oleh guru-guru pendidikan khas. Masalah emosi ialah gangguan emosi boleh menyebabkan seseorang kanak-kanak itu tidak maju didalam pelajarannya. Terdapat juga kanak-kanak yang tidak dapat menumpukan perhatiannya terhadap pelajaran kerana gangguan- gangguan seperti sakit perut, sakit kepala dan sebagainya yang berpunca daripada gangguan emosinya.
Cara mengatasinya ialah mengubah yang abstrak kepada konkrit iaitu mengajar secara konkrit lebih mudah daripada abstrak kerana kanak-kanak lembam dapat melihat apa yang disuruh daripada membayangkan sesuatu maklumat. Elakkan daripada membuat generalisasi kanak-kanak lembam sukar untuk membuat generalisasi seperti mengaplikasikan konsep yang telah diajar kepada situasi yang baru kerana kurang upaya dari segi memproses maklumat.
Comments
Post a Comment