MASALAH HIPERAKTIF BAGI KANAK-KANAK



Attention deficit hyperactive disorder didefinisikan  sebagai satu gangguan yang  menjejaskan keupayaan otak untuk menumpukan atau memfokuskan kepada sesuatu benda misalnya, seseorang kanak-kanak itu mungkin normal, cerdas dan bijak tetapi tidak dapat menumpukan perhatiannya dan mengawal tingkahlaku sendiri. Kesukaran ini mungkin disebabkan oleh desakan yang tidak terkawal, terlalu aktif dan tidak memberi perhatian ( paul cooper dan Katherine ).

Ciri-ciri hiperaktif ialah lemah dan gagal memberi tumpuan iaitu kanak-kanak hiperatif ini biasanya lemah dalam pelajaran kerana terlalu suka bermain dan pemikiran sentiasa tertumpu kepada sesuatu yang menghiburkan walaupun seketika. Selalunya mereka gagal memberikan tumpuan yang baik dalam proses pembelajaran. Kanak-kanak yang menghidapi penyakit tersebut juga mudah hilang tumpuan iaitu kanak-kanak ini hanya memberi tumpuan terhadap pembelajaran dam aktiviti pada waktu seketika sahaja dan beberapa minit kemudiannya mereka akan mengalihkan tumpuan mereka kepada sesuatu yang lain yang dapat menghiburkan hatinya. Tumpuan perhatian dengan melihat dan mendengan dengan berulang kali iaitu kanak-kanak ADHD ini memberikan perhatian pada pandangan dan pendengaran yang berulang kali.

Tidak dapat membuat gambaran,pengasingan dan menyatakan kaitan atau perhubungan iaitu biasanya kanak-kanak ini tidak dapat membayangkan sesuatu objek, membezakannya dan menghuraikannya sesuatu perkara yang ada hubung kait seperti perbezakan antara pokok kelapa dan pokok pinang. Lemah dalam hal-hal yang berkaitan dengan ruang iaitu kanak-kanak ini tidak dapat membezakan suasana dan keadaan persekitaran dari saiz, jarak, dan keadaan ruang. Tingkah laku yang aktif dan melampau iaitu kanak-kanak hiperaktif ini kadang kala akan bertindak dengan agresif yang boleh menyebabkan pergaduhan dan kecederaan kecil dengan rakan-rakannya.

Punca berlakunya hiperaktif ialah pengambilan gula yang berlebihan pengambilan gula yang berlebihan dengan kapasiti yang mengakibatkan tindak balas ( rangsangan ) otak tehadap otot dan fungsi anggota badan menyebabkan peningkatan suhu badan serta tekanan dalam perjalanan darah yang boleh mengakibatkan kanak-kanak gagal memfokuskan dan memberika tumpuan. Kerosakan saraf didalam otak iaitu saraf konteks serebral memainkan peranan penting dalam hal-hal memikir, ingatan dan mengawal, menyekat, menahan seseorang daripada bergerak atau bertindak secara tiba-tiba tanpa memikirkan akibatnya. Apabila sistem ini terjejas akibat luka, penyakit atau kerosakan lain, tingkah laku yang berbentuk agresif dan tingkah laku yang terlalu pasif boleh berlaku kepada individu yang mengalaminya.

Cara menangani kanak-kanak hiperaktif ialah jangan menghukum kanak-kanak hiperaktif dengan memukul mereka. Ini kerana, kanak-kanak hiperaktif telah dilahirkan sedemikian dan mereka akan melalui fasa perubahan seperti kanak-kanak normal. Selain itu jangan sesekali melabel anak hiperaktif sebagai anak yang nakal, malas atau bodoh, kerana akhirnya mereka akan bersikap seperti apa yang anda labelkan. Dalam melatih atau mengajar kanak-kanak hiperaktif, jangan sesekali merasa bosan, ini kerana, lama-kelamaan kanak-kanak ini akan dapat menguasai apa yang anda ajarkan.

Jika kanak-kanak hiperaktif bertindak mencederakan diri dan orang lain, segera bertindak dengan menasihati atau memrahi mereka. Jika perkara tersebut berulang, minta pandangan doktor atau pakar terapi mengenai cara menanganinya. Perbanyakkan berkomunikasi dengan kanak-kanak hiperaktif. Ini kerana komunikasi yang bagus bakal menjadikan kanak-kanak tersebut lebih kreatif dan idealisme. Sentiasa fokus dan berwaspada dengan segala tindakan kanak-kanak hiperaktif yang mungkin boleh mencederakan diri atau orang lain. Akhir sekali ajar disiplin pada kanak-kanak hiperaktif, agar pada masa hadapan, mereka dapat mengaturkan hidup dengan baik.

Comments