IMAN AL-GHAZALI

Tokoh islam yang pertama ialah Imam al-Ghazali. Iman al-ghazali telah mengemukakan beberapa pandangan dan idea-idea beliau tentang pendidikan awal kanak-kanak. Menurut azizah dan zainun (2005) pandangan daripada kitab ihya ulumiddin mengenai pendidikan kanak-kanak oleh Imam al-Ghazali adalah seseorang kanak-kanak harus dididik sejak lahir. Seorang bayi jangan diberikan kepada orang lain kecuali perempuan yang kuat agama dan mulia tingkah lakunya. Ini bermakna, perempuan yang berakhlak mulia sesuai dijadikan contoh kepada anak-anak kecil yang baru ingin mengenal dunia. Seterusnya, Imam al-Ghazali menyatakan bahawa didiklah kanak-kanak dengan pelajaran agama, adab sopan, adab makan, minum, mencuci badan, berwuduk dan bersembahyang. Adab sopan haruslah dipupuk sejak daripada kecil lagi, bak kata pepatah melentur buluh biarlah sampai ke rebungnya. Kanak-kanak juga akan lebih beradap jika dididikan dengan pegangan agama yang kuat. Tingkah laku yang mulia, merendah diri, tidak berbohong, besederhana dalam perlakuan, tidak berkawan dengan orang jahat dan tidak berbangga juga merupakan idea dan pandangan Imam al-Ghazali dalam pendidikan awal kanak-kanak. Apabila mereka melangkah ke alam remaja mahupun dewasa, mereka akan berkelakuan baik kerana telah dididikan untuk melakukan amalan yang mulia dan lebih menghormati orang yang lebih tua daripada usianya.
Bersikap tegas dengan kanak-kanak jangan biasakan mereka bersenang-senang, berseronok atau bermanja-manja apabila bergaul dengan mereka. Pandangan ini dikemukakan oleh Imam al-Ghazali untuk mengelakakan kanak-kanak bersikap kurang ajar dan tidak menghormati orang tua dan ibu bapa apabila mereka dewasa kelak. Seterusnya tidak boleh keterlaluan apabila mendera kanak-kanak. Tidak boleh menimbulkan kebencian dalam diri mereka haruslah dielakan dalam diri setiap keluarga ataupun penjaga kanak-kanak itu. Walaupun dalam islam menekankan untuk bersikap tegas, namun kita haruslah mengelakkan sikap keterlaluan dam menghukum kanak-kanak tersebut apabila mereka melakukan kesalahan, sebaliknya kita haruslah menyayangi dan membimbing kanak-kanak tersebut. Antara nasihat Imam al-Ghazali kepada guru ialah agar dapat mengajar kanak-kanak tersebut mengikut kemampuan mereka. Ini kerana, kemampuan dan perkembangan setiap kanak-kanak adalah berbeza.

 Selain itu, perbaiki kelakuan buruk kanak-kanak dengan “rahmah” bukan dengan cara memarahi mereka apabila mereka melakukan kesalahan. Jika kita terus menerus memarahi kanak-kanak ini, mereka akan berasa takut untuk belajar dan menimbulkan kebencian dalam diri mereka. Setiap pendidik mestilah mengelakkan perkara ini berlaku agar dapat menimbulkan suasana keharmonian  mengharapkan ganjaran tetapi perlu menunjukkan model tingkah laku yang baik. Dengan bermain atau melakukan aktiviti di luar kelas, kanak-kanak dapat berehat setelah penat belajar. Sifat kanak-kanak yang memang suka bermain. Kita tidak seharusnya menyekat masa bermain mereka dengan hanya belajar sepanjang masa.

Comments

Post a Comment