IMAN AL-GHAZALI
Tokoh islam yang pertama ialah Imam
al-Ghazali. Iman al-ghazali telah mengemukakan beberapa pandangan dan idea-idea
beliau tentang pendidikan awal kanak-kanak. Menurut azizah dan zainun (2005)
pandangan daripada kitab ihya ulumiddin mengenai pendidikan kanak-kanak oleh
Imam al-Ghazali adalah seseorang kanak-kanak harus dididik sejak lahir. Seorang
bayi jangan diberikan kepada orang lain kecuali perempuan yang kuat agama dan
mulia tingkah lakunya. Ini bermakna, perempuan yang berakhlak mulia sesuai
dijadikan contoh kepada anak-anak kecil yang baru ingin mengenal dunia. Seterusnya,
Imam al-Ghazali menyatakan bahawa didiklah kanak-kanak dengan pelajaran agama,
adab sopan, adab makan, minum, mencuci badan, berwuduk dan bersembahyang. Adab sopan
haruslah dipupuk sejak daripada kecil lagi, bak kata pepatah melentur buluh
biarlah sampai ke rebungnya. Kanak-kanak juga akan lebih beradap jika dididikan
dengan pegangan agama yang kuat. Tingkah laku yang mulia, merendah diri, tidak
berbohong, besederhana dalam perlakuan, tidak berkawan dengan orang jahat dan
tidak berbangga juga merupakan idea dan pandangan Imam al-Ghazali dalam
pendidikan awal kanak-kanak. Apabila mereka melangkah ke alam remaja mahupun
dewasa, mereka akan berkelakuan baik kerana telah dididikan untuk melakukan
amalan yang mulia dan lebih menghormati orang yang lebih tua daripada usianya.
Bersikap tegas dengan kanak-kanak
jangan biasakan mereka bersenang-senang, berseronok atau bermanja-manja apabila
bergaul dengan mereka. Pandangan ini dikemukakan oleh Imam al-Ghazali untuk
mengelakakan kanak-kanak bersikap kurang ajar dan tidak menghormati orang tua
dan ibu bapa apabila mereka dewasa kelak. Seterusnya tidak boleh keterlaluan
apabila mendera kanak-kanak. Tidak boleh menimbulkan kebencian dalam diri
mereka haruslah dielakan dalam diri setiap keluarga ataupun penjaga kanak-kanak
itu. Walaupun dalam islam menekankan untuk bersikap tegas, namun kita haruslah
mengelakkan sikap keterlaluan dam menghukum kanak-kanak tersebut apabila mereka
melakukan kesalahan, sebaliknya kita haruslah menyayangi dan membimbing
kanak-kanak tersebut. Antara nasihat Imam al-Ghazali kepada guru ialah agar
dapat mengajar kanak-kanak tersebut mengikut kemampuan mereka. Ini kerana,
kemampuan dan perkembangan setiap kanak-kanak adalah berbeza.
Selain itu, perbaiki kelakuan buruk
kanak-kanak dengan “rahmah” bukan dengan cara memarahi mereka apabila mereka
melakukan kesalahan. Jika kita terus menerus memarahi kanak-kanak ini, mereka
akan berasa takut untuk belajar dan menimbulkan kebencian dalam diri mereka. Setiap
pendidik mestilah mengelakkan perkara ini berlaku agar dapat menimbulkan
suasana keharmonian mengharapkan
ganjaran tetapi perlu menunjukkan model tingkah laku yang baik. Dengan bermain
atau melakukan aktiviti di luar kelas, kanak-kanak dapat berehat setelah penat
belajar. Sifat kanak-kanak yang memang suka bermain. Kita tidak seharusnya
menyekat masa bermain mereka dengan hanya belajar sepanjang masa.
Bagus². 😆😆😆👀
ReplyDelete