JOHN DEWEY
Di Amerika pada abad ke 19 muncul seorang tokoh yang terkemuka didalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Beliau adalah John Dewey yang lahir pada 20 oktober 1859, di Burlington,Vermont. Bapanya, Archibald, asalnya merupakan seorang petani tetapi kemudiannya memutuskan untuk mengejar kerjaya dalam perniagaan runcit, yang dibuka di Bandar kecil Burlington. Ibu Dewey, Lucina, juga dibesarkan dalam perniagaan pertanian. Bapanya pernah menyertai tentera kesatuan apabila pecahnya perang saudara di amerika.
Dewey menamatkan persekolahannya pada umur 12 tahun di sekolah awam Burlington. Beliau memasuki sekolah menengah dalam tahun 1872 dan tamat dalam tempoh 3 tahun. Beliau mula pengajiaan kolej di universiti of Vermont, Burlington pada 1875 sewaktu berusia 16 tahun.
Selepas tamat pengajiannya diperingat ph.D, Dewey ditawarkan menjadi professor muda di university Michigan dari 1884 hingga 1894. Dalam tahun 1894, Dewey menyertai universiti yang baru berusia 4 tahun iaitu university of Chicago. Disinilah beliau memulakan secara meluas kajian, penerbitan dan dialog tentang falsafah, psikologi, dan kajian tentang pedagogi. Dewey merasakan bahawa pengajian pedagogi haruslah berasingan daripada pengajian falsafah dan psikologi, dan selepas mendapat persetujuan persetujuan presiden kolej jabatan pedagogi ditubuhkan. Diawal 1900 program Chicago ini ( sekarang dikenali sebagai jabatan pendidikan ) telah menjadi program yang paling dihormati di dalam amerika.
Pada akhir tahun 1800, Dewey mula menumpukan banyak perhatian kepada jabatan pedagogi yang baru dibangunkannya. Pada tahun 1896 melalui usaha langsung Dewey, sekolah eksperimen pertama, yang dipanggil sekolah universiti Elementary telah ditubuhkan. Ia adalah sebuah sekolah percubaan makmal, telah melibatkan pelajar-pelajar di dalam kelas. Tokoh yang terkenal dengan jolokan bapa pragmatisma ini berpendapat bahawa pendidikan adalah penghidupan tidak semata-mata persedian untuk hidup tetapi pendidikan adalah satu proses sosial yang mempunyai segala ilmu, pengalaman, teori, pemikiran, dan kenyataan kepada kanak-kanak.

Beliau memperkenalkan kaedah projek kepada kanak-kanak kerana kaedah ini berkait rapat dengan aktiviti dan gerak kerja kanak-kanak. Menurut beliau, kanak-kanak haruslah berusaha kearah mencapai kejayaan. Pada pandangan beliau, dalam menyampaikan pelajaran kepada kanak-kanak, guru perlu memulakan dengan kumpulan kecil, kemudian seorang demi seorang. Menurut beliau, pendidikan yang sebenar adalah satu proses yang aktif kepada kanak-kanak berdasarkan keadaan semulajadi mereka. Pendidikan perlu bersepadukan dengan kehidupan kanak-kanak. Kanak-kanak perlu dihormati. Pembelajaran perlu dilaksanakan melalui pengalaman dan eksperimen.

Comments