Diri saya dan kos pendidikan awal kanak-kanak


Assalamualaikum wbt.nama saya Nuurul Ajda binti Mohd,umur saya 20 tahun dan mengambil kos diploma pendidikan awal kanak-kanak.saya mula melapor diri di kolej UNITI ini pada tarikh 28/3/2016 dan kisah saya bermula dari saya menjadi seorang pelajar di sebuah kolej yang bernama UNITI dan di sini lah saya mula belajar berdikari dan mula berjauhan dengan kedua ibubapa saya. 

Pertama sekali saya sebenarnya tidak terfikir untuk sambung belajar tetapi disebabkan oleh kedua ibubapa saya teringin sangat mahu saya sambung belajar dan saya mengambil keputusan untuk sambung belajar di kolej UNITI ini. Saya harap dengan saya sambung belajar ini dapat menjamin masa depan saya suatu hari nanti dan dapat membanggakan kedua ibubapa saya kelak. Pada mula nya memulakan rutin harian di tempat baru sebenarnya tidak sama dengan rutin harian dirumah tetapi apabila dapat membiasakan diri dengan kawan-kawan ini dapat mengembirakan hari-hari kita. 

Apabila kita masuk alam baru ini banyak yang kita pelajari dari bawah dan kita dapat kenal perkara-perkara baru yang kita belum mempelajari dan dapat mengenal rakan-rakan baru serta mencipta pengalaman baru.

Bagaimana saya dapat sambung belajar dikolej ini kerana ayah saya telah mendapat satu panggilan dari pihak kolej. Kenapa saya memilih kos ini kerana saya terlalu minat terhadap kanak-kanak dan ingin belajar lebih mendalam lagi berkaitan dengan kanak-kanak dan supaya dapat menjamin masa depan saya suatu hari nanti. Pendidikan awal kanak-kanak ini subjek yang boleh dikatakan susah juga la tetapi apabila kita faham apa yang di ajar dan memahami dengan betul subjek ini tidak lah rumit sangat dan dapat membantu kita dalam menguruskan kanak-kanak satu hari nanti. 

Dengan subjek ini kita dapat mempelajari langkah-langkah untuk menguruskan kanak-kanak dengan betul apabila kita telah tamat belajar nanti dan dan mendapat ilmu yang lebih mendalam lagi. Saya tidak menyesal apabila saya mengambil keputusan untuk memilih subjek pendidikan awal kanak-kanak dan ini memang minat saya dari dulu lagi kerana saya sukakan kanak-kanak. Subjek awal kanak-kanak ini banyak mengajar kita tentang kanak-kanak normal dan kurang upaya yang memerlukan perhatian dari kedua ibubapa atau penjaga mereka. 

Kanak-kanak ialah seorang yang lemah dan tidak mengetahui apa-apa yang berlaku dan kita sebagai seorang pendidik haruslah menjaga atau mendidik kanak-kanak dengan betul dan tidak melakukan sebarang kesalahan dan kecederaan terhadap kanak-kanak. Apabila kita diamanahkan untuk mendidik atau menjaga kanak-kanak ini kita mestilah peka dengan setiap gerak-geri kanak-kanak tersebut. Kebanyakkan kes terkini ialah kes pembuangan bayi,mendera dan membunuh bayi. Ramai yang bagitahu subjek awal kanak-kanak ini senang dan perkara yang biasa sahaja tetapi sebenarnya sebaliknya.

Comments

  1. Cute nyo hooo pic tu . Jd la seorg guru yg baik, sabaq dan macam2 ag . 😁

    ReplyDelete
  2. Post yang menarik cikgu ajda😊Hope dapat menjadi contoh serta tauladan kepada anak didik cikgu di masa akan datang..aamiin💕

    ReplyDelete

Post a Comment